Islam Kaffah. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

Mukaddimah

Assalamualaikum wbt.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya rasmikan blog Mencari Cinta Yang Satu (MCYS). Alhamdulillah, blog MCYS dapat di tubuhkan kembali. Setelah sekian lama sunyi sepi, akhirnya ia muncul kembali dengan wajah nan baru. Wajah yang kembali ceria. Sebelum ini saya ada mengendalikan satu blog yang benama MCYS juga, tapi malangnya blog itu tak dapat di teruskan kerana mungkin dijangkiti virus agaknya. Lagian saya pun sudah agak lama tidak meng'update' blog tu. Niat ada nak menulis dalam blog, tapi akibat kekangan masa, laptop dan sebagainya, jadi asyik tertangguh sahaja. Tup-tup.. tak blh bukak pulak dah. Dan akhirnya saya pun bercadang buat satu lagi blog yang membawa nama yang sama iaitu MCYS. Kenapa masih lagi MCYS?? Sebabnya itulah tujuan hidup saya. Hendak mencari dan terus mencari cinta. Tapi bukan cinta manusia yang saya kejar, malah cinta Allah dan Rasul saya dambakan. Sebab saya yakin cinta manusia sentiasa akan menyusul setelah cinta Allah dan Rasul, insyaAllah. Serba sedikit mengenai hal penulis ini, saya merupakan hamba Allah yang masih lagi bergelar pelajar dan terus kekal dengan gelaran itu. Hidup ini  kan mesti kena sentiasa belajar dan beramal dengan ilmu itu, insyaAllah. Puteri kepada ummi dan abah yang saya cintai. Dan..... mungkin itu sahaja pengenalan mengenai diri penulis. Teringat saya pada kata-kata Saidina Ali ra. 

"Undzur ma qoola, walaa tandzur man qoola" 

yang bermaksud, lihatlah pada apa yang di bicarakan dan janganlah dilihat pada siapa yang berbicara.Blog ini mungkin sahaja boleh dijadikan sebagai perkongsian ilmu dan boleh juga dijadikan sebagai perkongsian kisah hidup saya yang saya ingin kongsikan bersama. Mana tahu mungkin sahaja kisah itu boleh di jadikan tauladan buat sahabat2 semua, insyaAllah. Yang penting ini blog saya, makanya saya lah yang BERHAK mengendalikannya. HEHE.. macam marah tak?? Tak marah pun, testing saja tu. Kalau ada sebarang kesilapan dalam penulisan atau sebarang tambahan. mohon di perbetulkan dan di komen kan. Sekali lagi, saya ulang,  saya hendak belajar, maka tunjuki lah saya.

Sekian, Wassalam..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 ulasan:

AnNisa^modEn berkata...

Waalaikumsalam w.b.t.. Welcome back my dear sis.. ^__^

Catat Ulasan