Assalamualaikum wbt.
Tahu tak kita semua atau perasan tak kita semua, sebenarnya dalam kehidupan dunia ini ada tiga jenis golongan manusia secara amnya. Secara khusus, saya rasa lebih dari tiga golongan agaknya. Golongan-golongan manusia ini memainkan peranan mereka masing-masing dalam corak kehidupan yang kita lihat sekarang ini. Sudah tentu apa yang saya nak bincangkan ini terkait dengan hal ehwal Islam dan ummat Islam pastinya. Jadi, apakah kelompok itu?? Jom kita telusuri satu persatu.
Pertama, kelompok status quo. Perkataan status quo ini berasal dari term Latin yang membawa maksud 'the current or existing state of affairs'. Bila dikatakan to maintan status quo its mean that to keep the things the way they presently are. Ok, faham dah kan maksud status quo ni. Kelompok yang sebegini merupakan penjaga agar kezaliman, penindasan, kemunafiqan, kekufuran dan sistem jahiliyah yang ada sekarang tetap lestari. Kelompok ini anti kepada perubahan kerana mereka ini sudah merasa seronoknya hidup dalam kekufuran dan kezaliman. Mereka ini memiliki latar belakang yang bermacam-macam. Ada yang back-ground nya sebagai penguasa, intelektual, mahasiswa, politis, ekonomi, pengusaha, selebriti bahkan ada juga yang dari kalangan alim ulama' sendiri. Inilah di kenali sebagai ulama suu'
Mereka akan mencurahkan segenap kemampuannya agar sistem jahiliyah yang telah menguntungkan mereka ini tidak berubah. Mungkin sahaja ada di antara mereka yang setuju dengan perubahan, tetapi perubahan yang mereka setujui hanyalah perubahan yang palsu semata. Bagi mereka, perubahan boleh terjadi, tetapi masih lagi dalam kerangka jahiliyah. Bila kita lihat kembali kelompok ini merasakan mereka beruntung, tetapi hakikatnya mereka adalah orang-orang yang rugi hidupnya. Malah DUNIA dan AKHIRAT mereka rugi. Sebab, di dunia ini bagaimanapun perubahan akan tetap terjadi, ketika saatnya tiba kemudian nanti. Mungkin mereka lupa dengan ayat Allah yang bermaksud:
"Dan katakanlah, kebenaran telah datang, dan kebathilan telah lenyap. Sesungguhnya kebathilan itu (PASTI) akan lenyap" [TQS Al-Isra' : 81]
Perubahan itu akan melintasi mereka. Hati mereka sentiasa dihantui ketakutan. Gunung-gunung seakan mengejar di atas kepala mereka yang setiap saat akan jatuh menimpanya. Sedangkan di ahirat kelak mereka akan menghadapi mahkamah Allah SWT Yang Maha Adil. Pada ketika itu mereka tidak boleh lagi lari daripada azab dan siksaan Allah SWT yang amat pedih.
Kedua, kelompok orang yang tidak mahu peduli tentang keadaan sekitarnya iaitu keadaan ummat Islam lain.Kerja mereka hanya melihat dan takut dengan keadaan yang menimpa ummat Islam kini. Yang difikrkan mereka hanyalah dirinya dan keluarganya sahaja dan cara bagaimana untuk mengumpul kekayaan harta dunia agar cukup untuk tujuh keturunan. Keberadaan kelompok ini mungkin sahaja di sebabkan ketidak fahaman, tetapi ada sahaja yang memilih untuk menjadi kelompok ini secara sukarela.
Sememangnya hidup seperti kelompok ini sangat mudah di kerjakan. Sebab, pekerjaannya adalah " tidak mengerjakan apa-apa". Kalaupun dikatakan mereka melakukan kerja, kerja yang dilakukan hanyalah makan, tidur, belajar ilmu dunia dan rotate aktiviti itu setiap hari. Kehidupan yang seakan-akan robot bukan.
Hidup begini nampak mudah dan seronok, tetapi hakikatnya orang-orang begini patut di kasihani. Mereka hanya menjadi objek dalam kehidupan ini, bukannya subjek.Mereka hanya menjadi penonton, padahal kezaliman dan penindasan sentiasa menimpa mereka. Tetapi mereka hanya diam seakan-akan hanya itulah usaha yang termampu mereka lakukan. Merekalah orang-orang yang tidak mempunyai cita-cita yang besar. Sementara akhirat nanti kelompok ini juga pasti akan di adili di mahkamah Allah kelak. Sebab, Allah menciptakan mereka bukan untuk menjadi penonton atau hanya sekadar mengumpul kekayaan, tetapi untuk mengabdikan diri kepada Allah.
Ketiga, kelompok yang mahukan perubahan agar kehidupan dunia ini menjadi lebih baik.Mereka adalah orang-orang yang optimis dan mempunyai cita-cita besar. Mereka bersedia mencurahkan kemampuannya, mengorbankan harta, tenaga malah jiwa untuk merubah kehidupan jahiliyyah yang penuh kezaliman ini menjadi sitem yang anti kezaliman, sistem yang berasal dari Musyarri' (Sang pembuat hukum) iaitu sitem Khilafah Islamiyah.
Kelompok ini menyedari bahawa mereka di ciptakan untuk mengabdikan diri pada Allah. Sesungguhnya solatku, hidupku, dan matiku kerana Allah. Mereka memahami bahawa keberadaannya adalah untuk menegakkan kalimah Allah yang akan menebarkan rahmat ke seluruh penjuru alam. Oleh itu, mereka tidak hanya memikirkan dirinya sendiri tetapi mereka juga sangat prihatin terhadap keadaan masyarakat dan dunia. Orang-orang sebegini sememangnya kerja berat. Mereka rela berlawan arus denga sistem jahiliyah. Mereka rela di anggap ghuraba(asing), dikatakan kolot dan sebagainya. Mereka rela bukan kerana ingin dapatkan pujian sebagai seorang yang zuhud, atau mengharapkan dunia tetapi yang diharapkan adalah redha Allah SWT semata-mata. Itulah kebahagiaan bagi orang-orang dikelompok yang ketiga ini. Mereka adalah orang-orang "besar" meskipun kelihatan "kecil" jika dilihat dari kaca mata duniawi. InsyaAllah dengan tangan orang-orang di kelompok ketiga inilah yang akan merubah dunia dari kezaliman kepada keamanan, dari kebathilan kepada yang haq, dari kekufuran kepada keimanan dan dari kejahatan kepada kebaikan. Mereka jugalah penerus perjuangan Rasulullah SAW yang akan membebaskan dunia ini. Merekalah yang sentiasa ingat kepada nubuwah (berita) yang disampaikan Rasulullah SAW,
Ketika baginda ditanya oleh para sahabat tentang pembebasan dua kota (Roma dan Konstantinopel), jawab Rasulullah SAW, "Kotanya Heraklius (Konstantinopel) yang akan di babaskan terlebih dahulu"
Dan terbukti kota Konstantinopel sudah ditakluki oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan tentera-tenteranya setelah 800 tahun. Kini yang menanti kita semua adalah kota Roma. Sesungguhnya kota Roma menanti kamu wahai orang-orang di kelompok ketiga!!!
Jadi, di kelompok manakah kita semua??? Fikir-fikirkan, yang pastinya kehidupan dunia ini tak kekal, dan kematian itu pasti. Bersegeralah bertindak dan semoga Allah menunjuki kita semua jalan yang benar.
Life is choices. Dalam hidup ini kita boleh memilih, maka pilihlah yang terbaik untuk Allah dan Rasul.
Sekian, wasalam..